
MUSIM SEJUK MENINGKATKAN
CABARAN HIDUP PARA PELARIAN
CABARAN HIDUP PARA PELARIAN
Kekurangan persediaan, salji dan suhu sejuk melampau
menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan.
JOM BANTU 75,000 PELARIAN
YANG BAKAL MENEMPUH MUSIM SEJUK YANG LEBIH TERUK TAHUN INI.
Moga asbab kita berkongsi, ia menjadi bekalan pahala untuk kita diakhirat sana.
MUSIM SEJUK BAKAL TIBA:
SUHU MENJUNAM KE BAWAH PARAS BEKU
SUHU MENJUNAM KE BAWAH PARAS BEKU
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Kisah Musim Sejuk Di Syria: "Ayah, kenapa bakar baju saya?"
Soalan di atas diajukan seorang anak pelarian Syria kepada bapanya yang dilihat terpaksa membakar baju demi menghangatkan keluarganya ketika musim sejuk.
Bukan sahaja pakaian, malah plastik juga digunakan untuk dijadikan bahan bakar demi mendapatkan haba.
Walaupun karbon monoksida yang terhasil ketika membakar plastik sangat merbahaya namun mereka tiada pilihan.
Selain makanan, bahan bakar seperti bekalan kayu api dan briket juga sangat penting dan amat diperlukan ketika musim sejuk.
Sebahagian besar pelarian pula hidup dalam keadaan serba daif selepas lebih sedekad terperangkap dalam krisis yang berlanjutan.

Tanpa Persediaan Awal, Tidak Mungkin Mereka Dapat
Bertahan Apabila Tibanya Musim Dingin Nanti.
Musim sejuk dan salji ialah mimpi ngeri pelarian Syria.
Ia mengundang kemusnahan tempat tinggal serta mampu meragut nyawa.
Suhu boleh mencecah sehingga ke bawah paras beku dan tanpa apa-apa persediaan, nyawa para pelarian dalam bahaya.
Mereka tiada kasut, tiada stokin, tiada selimut dan pemanas serta keperluan harian yang lain.
Bayangkan anak-anak kecil hadapi musim sejuk dengan suhu melampau tanpa kelengkapan yang mencukupi.
Hakikatnya mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan yang sewajarnya dan terpaksa menempuh cuaca tersebut dengan penuh derita.


Mari Kita Berpakat Hangatkan Musim Sejuk Mereka
Dengan
Dengan
Projek 'Winter Aid'
Sebagai usaha bagi memastikan tiada nyawa yang terkorban, Syria Care menggerakkan projek 'Winter Aid'.
Bantuan yang akan diagihkan terdiri daripada
bahan bakar seperti kayu api, briket zaitun dan diesel, makanan dan pakaian musim sejuk.
Agihan bantuan akan dilaksanakan di kem-kem pelarian di Palestin, Utara Syria dan Lubnan.
Bagaimana Nak Menyumbang?
Anda boleh pilih pakej yang kami sediakan di bawah:
Pek Makanan - RM250
Bahan Bakar - RM150
Sumbangan Kasih - RM50
Seikhlas Hati ❤️Sumbangan Kasih - RM50
Sumbangan manual / transfer / CDM boleh bankin ke akaun di bawah:
Maybank Islamic
562106653575
Mohon tulis rujukan "Winter" untuk mudahkan pengagihan dana.
Bersama Syria Care, kita bantu.