
MUSIM SEJUK BAKAL TIBA:
SUHU MENJUNAM KE BAWAH PARAS BEKU
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Kisah Musim Sejuk Di Syria: "Ayah, kenapa bakar baju saya?"
Soalan di atas diajukan seorang anak kepada bapanya yang dilihat terpaksa membakar baju demi menghangatkan keluarganya ketika musim sejuk.
Bukan sahaja pakaian, malah plastik juga digunakan untuk dijadikan bahan bakar demi mendapatkan haba.
Walaupun karbon monoksida yang terhasil ketika membakar plastik sangat berbahaya namun mereka tiada pilihan.
Selain makanan, bahan bakar seperti bekalan kayu api dan briket juga sangat penting dan amat diperlukan ketika musim sejuk.

TAHUKAH ANDA?
Walaupun Syria telah bebas, kesengsaraan mereka belum berakhir. Dan mereka amat memerlukan bantuan kita.
Setelah 14 tahun dalam konflik peperangan, Syria kembali bernafas semula.
Namun, untuk mereka bangkit semula bukanlah mudah. Masih ramai yang tinggal di khemah-khemah pelarian kerana tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman.
Bukan itu sahaja, siapa yang dapat pulang ke rumah, yang mereka lihat hanyalah rumah yang rosak dan ada juga yang telah musnah sama sekali.
Tanpa Persediaan Awal, Tidak Mungkin Mereka Dapat
Bertahan Apabila Tibanya Musim Dingin Nanti.
Musim sejuk umpama mimpi ngeri jika tiada kelengkapan yang secukupnya.
Suhu boleh mencecah sehingga ke bawah paras beku dan tanpa apa-apa persediaan, ia mampu meragut nyawa.
Mereka tiada kasut, tiada stokin, tiada selimut dan pemanas serta keperluan harian yang lain.
Bayangkan anak-anak kecil hadapi musim sejuk dengan suhu melampau tanpa kelengkapan yang mencukupi.
Hakikatnya mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan yang sewajarnya dan terpaksa menempuh cuaca tersebut dengan penuh derita.


Mari Kita Bersama Hangatkan Musim Sejuk Mereka
Sebagai usaha bagi memastikan tiada nyawa yang terkorban, Syria Care menggerakkan kempen Winter Aid.
Bantuan yang akan diagihkan terdiri daripada
pek makanan dan bahan bakar seperti kayu api, briket zaitun dan diesel.
Agihan bantuan akan dilaksanakan di Syria dan Lubnan.
Selain itu, kami juga menggerakkan kempen Roof4Syria untuk bantu membaik pulih rumah di Latakia, Syria yang terkesan akibat serangan.
Sumbangan manual / transfer / CDM boleh bankin ke akaun di bawah:
Maybank Islamic
5621 0665 3575
Mohon tulis rujukan "Winter" untuk mudahkan pengagihan dana.
Bersama Syria Care, kita bantu.