

Pembinaannya telahpun bermula sejak April 2020 dan mula diduduki pada Mac 2021. Sebanyak 272 unit rumah dibina lengkap dengan bekalan air bersih, elektrik bertenaga solar dan sistem saluran pembentungan sisa kumbahan.
Terkini, ia memberi manfaat kepada 1,470 orang atau 286 keluarga secara keseluruhannya. Penghuni WKMSC terdiri daripada kalangan warga emas, ibu tunggal dan anak yatim, petugas pusat perubatan dan sekolah juga di kalangan keluarga yang susah.
Kawasan penempatan ini juga dilengkapi dengan 3 buah institusi pendidikan utama masyarakat iaitu tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah . Kesemuanya mampu memberi manfaat kepada 1,000 orang pelajar termasuk pelajar dari luar kawasan penempatan.
Dilengkapi juga dengan kemudahan seperti masjid, premis perniagaan dan pusat perubatan .
Tangki dan telaga air dikuasakan dengan sistem hibrid menggunakan tenaga solar dan diesel. Telaga air ini digali sedalam 625 meter bagi mendapatkan punca mata air yang sesuai diminum serta mencukupi bagi kegunaan semua penghuni di Wakaf Kampung Malaysia ini.
Air dari bawah tanah dipam naik ke atas tangki menggunakan pam motor yang dikuasakan oleh tenaga solar. Namun ketika musim sejuk enjin diesel diperlukan untuk menggerakkan pam motor tersebut. Air disalurkan terus ke setiap rumah dan bangunan yang ada di seluruh WKMSC untuk kegunaan harian mereka.
FASILITI WAKAF KAMPUNG MALAYSIA SYRIA CARE:
Lokasi Wakaf Kampung Malaysia Syria Care:
(Google Maps: القرية الماليزية)
Projek perumahan ini terletak 4 km dari sempadan Syria-Türkiye iaitu di Al Bardaqli, Ad Dana, Idlib, Syria.
Bagi menampung keperluan semasa, Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria masih memerlukan dana sebanyak RM304,976.00
Penyelenggaraan dan Tambahbaik Infrastruktur:
Bagi memastikan keadaan infrastruktur dan fasiliti dalam keadaan terjaga dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang, penyelenggaraan dan tambahbaik sangat diperlukan.
Jenis-jenis Penyelenggaraan:
1 Penyelenggaraan Struktur Bangunan
Rumah, Masjid, Sekolah, Pusat Perubatan, Dewan Serbaguna, Premis Perniagaan dan Gudang: Pemeriksaan berkala dan pembaikan untuk memastikan kestabilan dan keselamatan.
2 Penyelenggaraan Utilliti dan Infrastruktur
Bekalan Air Bersih: Ujian berkala kualiti air dan penyelenggaraan paip serta sistem penapisan.
Pam Air: Pemeriksaan berkala untuk memastikan berfungsi dengan baik secara hibrid mengikut musim.
Panel Solar: Pembersihan dan pembaikan berkala.
3 Penyelenggaraan Kemudahan Komuniti
Jalan dan Laluan: Pembaikan untuk mencegah lubang dan memastikan keselamatan.
4 Sanitasi dan Kebersihan
Pengurusan Sisa dan Pembersihan: Pengumpulan sisa dan pembersihan kawasan secara berkala.
5 Penyelenggaraan Pencegahan
Pemeriksaan rutin untuk mencegah isu besar.
Pembinaan Taman Permainan Kanak-Kanak:
Kanak-kanak di sana tidak mempunyai tempat khas untuk bermain. Di tambah pula dengan kawasan sekitar yang tidak selamat dan kanak-kanak terpaksa bermain di tepi jalan dan juga luar kawasan.
Oleh itu, dengan pembinaan taman permainan ini dapatlah memberikan kegembiraan buat mereka dan juga membantu kepada kesihatan mental dan fizikal.
Kos pembinaan Taman Permainan ini adalah sebanyak RM45,000.00 yang berkeluasan 300 meter persegi bersebelahan Sekolah Ulfah di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria.
Rebut peluang berwakaf di bumi Syam
RM100.00 per slot
Ayuh, rebut peluang ini agar memperoleh manfaatnya di dunia dan juga di akhirat kelak.
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila mati seseorang manusia, maka terputus semua amalannya (dan hartanya) kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (iaitu wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya." (Riwayat Muslim)
Untuk sumbangan manual / transfer / CDM boleh bankin ke akaun di bawah:
Maybank
Bersama Syria Care, Kita Bantu.