
RAIKAN SYAWAL INI BERSAMA KANAK-KANAK SYRIA
Ayuh bersama kita berkongsi rezeki dengan meraikan kanak-kanak Syria di Aidilfitri ini.
Bayangkan kegembiraan seorang kanak-kanak yang sudah lama tidak merasai nikmat berpakaian baru, menggenggam duit raya, dan diraikan dalam suasana penuh kasih sayang. Inilah impian kecil mereka yang boleh kita jadikan kenyataan!
Menerusi Projek "Farhatul Eid", kita berpeluang untuk menyantuni 1,000 anak-anak Syria yang telah lama merindukan keceriaan Aidilfitri.
Setiap sumbangan RM150 akan memberikan:
1. Pakaian Baharu
2. Duit Raya
3. Hadiah
4. Majlis Sambutan Aidilfitri.
Maklumat Projek:
Sasaran Penerima Manfaat: 1,000 orang kanak-kanak
Set sumbangan: RM150 untuk seorang
Sasaran sumbangan: RM150,000.00
Lokasi agihan di utara Syria:
1) Al Bab
2) Al Bardaqli
3) Afrin
4) Jisr Al Shughur
Jom bantu sekurang-kurangnya seorang daripada 1,000 kanak-kanak fakir miskin di Syria.
Maybank
562106653575
Mohon tulis rujukan "Farhatul" untuk memudahkan pengagihan dana.
✨ Mereka menanti, kita berkongsi! ✨
Jom bersama merealisasikan Syawal yang lebih bermakna buat anak-anak Syria.