
Musim sejuk dan salji adalah mimpi ngeri pelarian Syria.
Cuaca sejuk di bawah paras beku mampu meragut nyawa.
Mereka diuji dengan berat sekali.
Bersama kita boleh bantu sediakan kelengkapan pakaian musim sejuk untuk mereka menerusi
Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk, 'Warm Their Winter'.
Ianya merupakan komponen penting kepada projek 'Winter Aid' yang dianjur Syria Care setiap tahun.
Orang ramai boleh menyumbang pakaian musim sejuk baharu atau terpakai yang masih elok dan bersih untuk diagihkan kepada para pelarian Syria.
Pakaian yang dikumpulkan akan dihantar menggunakan kontena kepada para pelarian Syria di Lubnan bagi memastikan mereka menerima kelengkapan pakaian yang sesuai sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.
• Penghantaran 1 kotak: RM80.00
• Penghantaran 3 kotak: RM240.00
• Penghantaran 5 kotak: RM400.00
• 3 Bale: RM1,140.00
Sukarelawan amat dialu-alukan bagi membantu kerja-kerja penerimaan pakaian, pemilihan, pengasingan dan pembungkusan.
Klik link berikut untuk turut serta sebagai sukarelawan:
Pendaftaran Sukarelawan 'Warm Their Winter'.
Maklumat Pengumpulan
Tarikh : 23 - 27 Oktober 2024
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi: Akan diumumkan kemudian
Bersama Syria Care, Kita Bantu.