AYUH TINGKATKAN AMALAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN
Semoga sumbangan ini menjadi sinar harapan buat mereka dan menjadi asbab untuk kita mencapai Lailatul Qadar.
RAMADAN BAKAL TIBA: NAMUN SYRIA MASIH BERGELUT DENGAN KELAPARAN DAN KEHANCURAN
Hadis Fadhilat Sedekah Memberi Makan Orang Berpuasa
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah SAW: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘’Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’’
(Riwayat Ibn Khuzaimah [1878])
Pahala dilipatgandakan di bulan Ramadan
Bulan yang penuh keberkatan ini adalah peluang terbaik untuk kita menggandakan amalan kebajikan apatah lagi memberi makan kepada golongan fakir serta miskin lebih-lebih lagi di bumi Syam: Syria dan Palestin khususnya.
Kisah Realiti Di Syria:
Luka Yang Masih Berdarah
Selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad, Syria kini lebih memerlukan bantuan dari semua pihak. Perang yang panjang meninggalkan kemusnahan besar - bandar musnah, keluarga terpisah, nyawa terkorban dan berjuta-juta pelarian terpaksa memulakan hidup dari kosong.
Hari ini, rakyat Syria amat memerlukan bantuan untuk membangunkan semula negara mereka. Menyumbang kepada mereka bukan sekadar memberi makan, tetapi juga menyumbang kepada masa depan umat Islam, kestabilan dunia Islam serta perjuangan pembebasan Al-Aqsa dan Palestin keseluruhannya.
Musim Sejuk Bakal Menggugat Nyawa
Seandainya mereka tidak menerima bantuan.
Mari Berkongsi Rezeki Gembirakan Mereka Dengan Kempen Winter Ramadan
Pada kali ini kami ingin melibatkan anda untuk membantu sebanyak 200,000 pelarian Syria di:
KEMPEN INI MENSASARKAN SEBANYAK: RM 3 JUTA
60,000 Set Iftar (RM35/set - Manfaat 1-2 penerima)
5,000 Pek Makanan Asas (RM250/pek - Bertahan sebulan untuk 1 keluarga)
Bantuan lain seperti kit musim sejuk, pendidikan dan keperluan anak yatim.
Cadangan Pakej:
Infak Syawal untuk menggembirakan kanak-kanak menyambut Aidilfitri.
Yakinlah, janji Allah itu pasti.
"Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain"
(HR Thabrani)
Kenapa Digalakkan Untuk Membantu Di Bulan Ramadan?
- Memberi makan kepada yang memerlukan adalah amalan terbaik di bulan ini.
- Bantuan anda menyelamatkan nyawa dan mengubah kehidupan mereka.
- Bersedekah di bulan Ramadan membawa peluang besar untuk mencapai Lailatul Qadar.
Bagaimana Nak Menyumbang?
Anda boleh pilih pakej yang kami sediakan di bawah:
- OrphanAid (Tajaan Anak Yatim Sebulan) - RM300
- EducAid (Tajaan Pendidikan Sebulan) - RM300
- FoodBox (Kotak Makanan Asas) - RM250
- Winter Aid (Infak Kit Musim Sejuk) - RM150
- Farhatul Eid (Infak Syawal Kanak-kanak) - RM150
- Set Iftar (Tajaan Hidangan Berbuka) - RM35
- Infak Ikhlas Ramadan
Infaq Umum Ramadan akan disalurkan untuk pendidikan anak-anak Syria, penajaan anak yatim dan bantuan umum.