Qurban4Syria 10.0

Ibadah korban adalah amalan yang signifikan dalam Islam dan dilaksanakan di seluruh dunia oleh berbilion umat Islam ketika Aidiladha dan tiga hari selepasnya.

Melalui program ini, Syria Care memudahkan orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban di Syria.

Sebagai manfaat, ibadah korban anda akan membantu keluarga-keluarga Syria yang memerlukan dengan menyediakan daging segar kepada anak-anak yatim, balu dan mereka yang telah terjejas akibat konflik berterusan seperti di utara Syria dan Lubnan.

Tempahan awal boleh dilakukan dengan bayaran deposit sebanyak RM300 sahaja (Pendaftaran berdeposit ini terhad sehingga 31 Mei 2022).

Pendaftaran melalui sistem dibuka sehingga 7 April 2022 . Selepas 7 Julai 2022 pendaftaran hanya diterima melalui whatsapp di talian 011-28809820 dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 9 Julai 2022.


••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Fakta

Bolehkah kita melakukan korban di luar negara?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah S.W.T selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah S.W.T sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al Tirmizi: 1493]

Syria Care telah terbukti melaksanakan korban di Syria sejak tahun 2014. Pada tahun lalu sahaja (2021), seramai 267,250 pelarian Syria telah menerima agihan daging korban hasil sembelihan 16 ekor lembu, 192 ekor kambing dan 458 ekor kambing (sedekah sembelihan). Tahun ini, mereka berharap dapat menerima agihan sekali lagi.

Dengan melaksanakan korban di dalam Syria, ia akan memberi sinar harapan untuk mangsa-mangsa konflik kemanusiaan bergembira dengan agihan daging korban sempena Aidiladha.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Harga yang tertera termasuk kos pengurusan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi
011 2880 9820
financemanager.syriacare@gmail.com

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Seekor Kambing (Syria)
Seekor Lembu (Syria)
Satu Bahagian Lembu (Syria)
Seekor Kambing (Gaza)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Abaikan ruangan ini jika anda tidak memilih korban seekor lembu.
Dari mana anda mengetahui tentang kempen ini?

BUTIRAN PESERTA