OderFood

Krisis kemanusiaan yang berlanjutan di Syria memberi kesan kepada mangsa konflik.

Berjuta-juta orang berdepan dengan kekurangan makanan dan jika adapun mereka tidak mampu membelinya kerana harga yang mahal.

“Saya harus membuat keputusan sukar untuk terus hidup. Kami makan sedikit sahaja. Ada hari-hari ketika saya perlu memilih antara anak-anak saya untuk diberi makanan”.
– Abu Husain pelarian dari Aleppo.

Bagaimana Syria Care membantu?

Syria Care memperkenalkan konsep OderFood di mana bakul makanan yang mengandungi bahan-bahan makanan asas, hidangan pek makanan dan bekalan daging segar ‘Infaq Meat‘ boleh dipesan secara dalam talian dan dihantar kepada para pelarian yang memerlukan.

Menggunakan slogan “Anda pesan, kami hantar“ pesanan anda akan kami sampaikan kepada mereka di Bumi Sham, Syria dan Lubnan.


Impak Oderfood

Kaedah yang digunakan dapat membantu meringankan beban para pelarian untuk mengatasi masalah kekurangan makanan dan bekalan makanan asas. Syria Care mensasarkan untuk menyantuni 2 juta orang setahun melalui projek ini.

“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin sehingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat Thabrani).


Untuk menyumbang ke akaun bank seperti berikut.

Syria Care

▪ Maybank Islamic: 562106653575

▪ CIMB Islamic: 8601894560

▪ Bank Islam: 12038010137755

▪ Bank Muamalat: 12020003634715

▪ RHB Islamic: 26225000021775

Rujukan : OderFood





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
OderFood - Bakul Makanan
OderFood - Pek Makanan
Infaq Meat 1 Slot (Ini adalah Sedekah, bukan Ibadah Qurban)
OderFood Ikhlas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana anda mengetahui tentang kempen ini?