
Bermula dari 2014, Syria Care berusaha sebaiknya menyediakan dan membina sekolah-sekolah bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian Syria.
Lebih dari 10 sekolah di Syria dan Turki telah ditaja bagi memastikan kelangsungan pembelajaran bagi anak-anak pelarian Syria ini terus terbela. Malah mereka turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.
Tajaan pembiayaan sekolah-sekolah ini, ada yang secara one-off, berkala dan berterusan. Semuanya mengikut keperluan dari pihak sekolah sendiri dan ada di antara sekolah terpaksa ditutup akibat serangan serta mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Syria Care kini menaja tiga buah sekolah yang terletak di Syria dan Turki:
1) Sekolah Ulfah 1, Aqrabat, Syria
2) Sekolah Ulfah 3, Kampung Malaysia, Al-Bardaqli, Syria
3) Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda, Gazientap, Turki
Pembiayaan ini merangkumi:
-Kemudahan pembelajaran, buku-buku dan alatulis
-Pelaksanaan program dan aktiviti
-Gaji guru dan kakitangan
-Pentadbiran dan pengurusan sekolah
-Selenggara bangunan
-Makan dan minum
-Utiliti dan pengangkutan
Ayuh, sama-sama perjuangkan hak mereka bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna!
Sempena bulan pendidikan ini, Syria Care membuka peluang kepada anda untuk menyumbang melalui tabung Tajaan Pendidikan Anak-Anak Syria bagi memberi sinar harapan buat mereka.
1 slot tajaan hanya RM50
Jumlah yang diperlukan: 2,000 slot
Sesungguhnya hanya pendidikan yang mampu mengubah masa depan mereka.
Bersama Syria Care, kita bantu.