Edu4Syria

Bermula dari 2014, Syria Care berusaha sebaiknya menyediakan dan membina sekolah-sekolah bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian Syria.

Lebih dari 10 sekolah di Syria dan Turki telah ditaja bagi memastikan kelangsungan pembelajaran bagi anak-anak pelarian Syria ini terus terbela. Malah mereka turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Penajaan sekolah-sekolah ini, ada yang ditaja secara ‘one-off’, berkala dan berterusan. Semuanya mengikut keperluan dari pihak sekolah sendiri dan ada di antara sekolah terpaksa ditutup akibat serangan serta mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Syria Care kini menaja tiga buah sekolah di utara Syria iaitu Sekolah Ulfah Lelaki dan Perempuan di Atma, Maahad Abi Hanifah an Nu’man di Al ‘Adnaniyah dan Dar al Huda sebuah pusat tuisyen di Gaziantep, Turki. Selain itu, sebuah lagi sekolah bakal dibangunkan di dalam Kampung Malaysia Syria Care yang diberi nama Sekolah Ulfah terletak di Al Bardaqli.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Pendidikan RM100
Tajaan Pendidikan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana anda mengetahui tentang kempen ini?